Learnt from the past
Some of my stories waktu upper form dulu, tapi nak cakap, dengan apa pun yang jadi dulu, aku tak menyesal sebab kalau semua benda tu tak jadi, aku maybe tak jadi macam sekarang and tak dapat nak belajar dari kesilapan. Cuma nak cerita pengalaman yang bg aku antara yg berharga dalam hidup aku, iaitu pengalaman waktu aku jatuh and tak berapa nak perform dalam study.
Dengan result 4A 1A- 3B+ 1B Spm , aku memang tak boleh nak cakap macam mana sedih tu, sedih sebab tau parents sedih sebab aku tk dapat straight A's, yelah even parents tak bgtau tapi i know mereka sedih sebenarnya. Tapi waktu tu aku sikit pun tak pernah nak faham parents aku, yg aku nak parents aku faham, aku tak suka study dekat situ je, kebergantungan dekat Allah pun kurang haih. Bayangkanlah, seteruk teruknya aku sampai tahap bila aku masuk kelas, apa yang cikgu ajar pun aku tak faham and rasanya tak pernah nak dengar betul2 pun cikgu ajar, cikgu tanya soalan memang lansung tak dapat jawab.
Lalai sangat waktu tu, tak fikir nak belajar, bila tk dapat 3.5 sedih tapi still no effort, sebab bg aku macam mana aku tak belajar Allah akan tolong aku. Bila tenngok orang bersungguh belajar, aku cakap alahai kenapa nak bersungguh sangat, exam lambat lagi kan, ya Allah sombongnya aku dulu. Tapi dalam macam tu, Allah tolong jugak lagi, pointer aku still 3.46 and 3.47 ulang banyak tu je sepnjang 3 sem. Memang sepanjang form 4 tak da rasa nak belajar cuma rasa nak protes. Tak suka nak belajar dekat situ, nak pindah, ego and keras kepala. Phone je kerjanya. Contact sana sini kacau kawan sana sini.
Allah still tolong, waktu aku form 5 aku dapat masuk kelas elit which is 501, ye semuanya pandai and kalau diikutkan ada lagi org pointer tinggi dari aku, tapi diorang masuk kelas biasa and waktu tu aku memang malu, yelah, semua nya orang pandai2 and rasa macam aku ambil peluang orang, tapi aku tk pernah nak fikir tu sebagai bantuan dari Allah. And bila hujung nak dekat spm baru nak sedar tapi dah lambat sangat, tak sempt nak cover semua benda tapi nampak tak bila Allah nak tolong, sebab dalam pecutan akhir tu pun, alhamdulillah untuk sem 4, aku dapat 3.51 tapi tak merasa ambil anugerah pengetua waktu hari graduasi disebabkan ad problem dengan kira markah waktu tu, satu kelas aku silap markah tapi diorg tak kisah sebab pointer memang tinggi..
Bila result spm keluar, classmate aku semuanya cemerlang, 9A, 8A, 7A, tapi aku cuma boleh nak tumpang gembira je. Nak sedih lebih2 sedangkan orang semuanya happy, and nak sedih pun salah sendiri. Sedih ye memang tapi benda dah jadi, and alhamdulillah aku sambung belajar di kolej matrikulasi. And guess what, alhamdulillah after then my life is getting better. :)



Comments
Post a Comment